Home / Politik / Pakatan Harapan / Lawan Tetap Lawan

Lawan Tetap Lawan

Tidak terbayang sama sekali oleh pengundi dan rakyat bagaimana Pakatan Harapan dapat melepaskan dua kerusi daripada 82 kerusi begitu sahaja kepada Barisan Nasional (BN).

Kalau pada 2011 mereka dapat memastikan semua 71 kerusi ditandingi, kali ini, mereka memulakan pilihan raya dengan langkah yang penuh tanda tanya.

PKR boleh sahaja memohon maaf kepada penyokong dan rakyat disebabkan masalah berkaitan dengan pencalonan, termasuk seorang yang tidak muncul dan seorang dikaitkan dengan kes muflis kerana menjadi penjamin.

Adakah ini membayangkan kelemahan dari sistem pemilihan calon, terutama di peringkat saringan oleh jawatankuasa pemilihan?

Bagaimana Pakatan Harapan tidak dapat meleraikan kekusutan sehingga DAP dan PKR terpaksa bertembung di enam kerusi, iaitu Mulu, Batu Kitang, Mambong, Ngemah, Simanggang dan Murum.

lawan1

Kedua-duanya boleh sahaja menuding jari, tetapi hal ini jelas menunjukkan tindakan kurang bijaksana.

Pertama, mereka memperlihatkan ada masalah yang gagal diselesaikan, selain ketidakupayaan mereka untuk berkompromi.

Adakah sudah gagal saluran komunikasi dalam kalangan pemimpin atasan parti terbabit?

Kedua, mereka memberi isyarat yang jelek kepada pengundi yang menaruh harapan kepada mereka.

Ketiga, memberi kemenangan kepada BN secara percuma adalah sesuatu yang tidak patut.

Jangan salahkan BN jika BN memanipulasikan kegagalan tersebut dalam kempen.

Hakikatnya, PKR dan DAP memang gagal menunjukkan teladan yang baik. Jika soal agihan kerusi pun mereka tidak dapat selesaikan, bagaimana rakyat Sarawak hendak dapat bergantung harap kepada mereka?

About Ahmad Karim

Check Also

Mahathir Sumbat Anwar, Kit Siang Dalam ISA, Tetapi Tuduh Najib Diktator

Hipokrasi pembangkang ditunjukkan sekali lagi diatas dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *