Home / Politik / Barisan Nasional / Jasa BN kepada DAP :Kacang lupakan kulit atau ulat lupakan daun?

Jasa BN kepada DAP :Kacang lupakan kulit atau ulat lupakan daun?

Nampak­nya pertempuran antara parti-parti bertanding demi meraih sokongan ibarat ‘peluru tidak bermata’.

Senario pilihan raya negeri yang memasuki pusingan akhir minggu ini menjelang pengundian Sabtu 7 Mei semakin berbahang.

Di Bukit Assek di sini yang menyaksikan Irene Mary Chang Oi Ling meneruskan legasi mendiang suaminya, Wong Ho Leng mempertahankan kerusi DAP di situ, langsung tidak beri muka kepada Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem.

Irene yang pernah dibantu oleh Adenan dan kerajaan Sarawak untuk membiayai kos rawatan barah suaminya sekitar Jun 2014 menjadi tidak keruan dengan setiap kempen beliau tetap memburuk-burukkan Adenan demi kelangsungan politik DAP.

Ternyata Irene berubah sikap. Kempennya dipenuhi dakwaan-dakwaan menghentam ketua menteri itu dengan pelbagai tu­duhan liar. Kredibiliti Adenan direndah-rendahkan di hadapan penyokong-penyokong DAP.

Irene pernah menyifatkan sumbangan RM1 juta daripada Adenan untuk Ho Leng itu suatu pemberian paling bermakna buat suami dan keluarga mereka.

“Sarawak berjaya mewujudkan persepsi bahawa perbezaan fahaman politik tidak akan menjejaskan sifat kemanusiaan apabila mereka tetap bersatu membantu suami,” katanya.

Beliau dikatakan pernah mengungkapkan pepatah Cina: “Apabila anda minum air, ingatlah mata air dari mana ia mengalir”.

Kini ungkapan itu terus hilang daripada ingatan Irene.

Tiada nilai kemanusiaan dalam kempen pilihan raya untuk menang?

Adenan Satem Wong Ho Leng

About Ahmad Karim

Check Also

Mahathir Sumbat Anwar, Kit Siang Dalam ISA, Tetapi Tuduh Najib Diktator

Hipokrasi pembangkang ditunjukkan sekali lagi diatas dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *