Home / Uncategorized / 30,000 pekerja bakal diberhenti jika kerajaan kuatkuasa gaji minimum?
Ethnic Malay workers walk to the Globetronics factory in Petaling Jaya, Malaysia, on Friday, Aug. 6, 2010. Najib Razak pledged to make Malaysia a more equitable nation when he took over as prime minister last year. His push for social reforms and to lure investment may be undermined by the same people who helped him gain power. Photographer: Goh Seng Chong/Bloomberg

30,000 pekerja bakal diberhenti jika kerajaan kuatkuasa gaji minimum?

Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) berharap kerajaan menangguhkan pelaksanaan jadual gaji minimum meskipun Perintah Gaji Minimum 2016 (PGM 2016) akan berkuatkuasa mulai 1 Julai tahun ini.

Pengarah eksekutifnya Datuk Shamsuddin Bardan berkata jika dasar ini terus dilaksanakan, dianggarkan 30,000 pekerja terutama di peringkat bawahan berdepan tindakan pemberhentian kerja oleh majikan sebelum Julai ini.

“Majikan terpaksa menanggung kos yang tinggi jika PGM 2016 berkuatkuasa ekoran cabaran ekonomi semasa.

“Bagi mengurangkan kos operasi, kemungkinan besar mereka akan melakukan “retrenchment” sebelum Julai kerana jika mereka melakukan selepas Julai, sudah tentu mereka terpaksa menanggung kos lebih tinggi dari segi pembayaran faedah berhenti kerja dan sebagainya,” kata beliau kepada Bernama di sini semalam.

jvc3

Beliau turut menganggarkan 60,000 pekerja akan diberhentikan kerja sepanjang tahun ini ekoran keputusan kerajaan menguatkuasakan PGM 2016 mulai 1 Julai dengan gaji minimum dinaikkan kepada RM1,000 bagi pekerja di Semenanjung manakala RM920 untuk pekerja di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Shamsuddin berkata pekerja yang berisiko diberhentikan kerja ialah dari pelbagai sektor terutama sektor minyak dan gas, perbankan dan kewangan, insurans serta peruncitan.

“Kita tahu sekarang dari segi perolehan sektor peruncitan terutama pasar raya besar, banyak mengalami penurunan dan sesetengah mereka telah menjalankan pemberhentian pekerja walaupun dari segi amalannya mereka masih mengamalkan “voluntary retrenchment,” katanya.

Beliau berkata situasi ini amat membimbangkan dan kerajaan sepatutnya mengambil pendekatan membantu syarikat-syarikat tempatan bertahan dalam masa yang sukar supaya dapat mengekalkan pekerja.

Katanya, sepanjang tahun lepas, banyak syarikat besar merekodkan penurunan perolehan iaitu 30 hingga 40 peratus dan menyebabkan 38,000 pekerja terpaksa diberhentikan.

About Ahmad Karim

Check Also

Ketua Hakim Negara : Tiada Sebab Tolak Jika Masih Diperlukan

an Sri Md Raus Sharif hari ini mengakui bahawa pelantikannya semula sebagai Ketua Hakim Negara …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *