Home / Politik / Barisan Nasional / Shafie Apdal sudah keluar kem Muhyiddin?

Shafie Apdal sudah keluar kem Muhyiddin?

Kehadiran Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar nyata mengejutkan ramai pihak ekoran beliau sebelum ini giat dalam usaha menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kemunculannya menimbulkan tanda tanya samaada beliau masih berada dalam kem Timbalan Presiden UMNO yang digantung tugas Tan Sri Muhyiddin Yassin serta bekas Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir bersekongkol dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pengamal media melihat tindakan Shafie ibarat mengambil air jernih dalam memutihkan jalinannya bersama Barisan Nasional (BN) menghadapi PRK Sungai Besar berbanding Muhyiddin dan Mukhriz masih bersama Dr Mahathir dalam usaha menyingkirkan Najib.

Shafie yang juga Ketua UMNO Bahagian Semporna mengambil pendekatan lebih positif untuk tidak mengkritik secara membuta-tuli atau melaga-lagakan orang UMNO dengan tuduhan-tuduhan berkaitan 1MDB, GST, Edra dan sebagainya yang semakin ligat berkumandang menerusi mulut-mulut penyokong ‘Kempen Anti-Najib’.

13321970_1138494639504962_5276907140140425532_n

Atau mungkin juga Shafie tidak sanggup mengkhianati parti yang mendokongnya selama ini ekoran Dr Mahathir disahkan akan berkempen menentang BN pada PRK Sungai Besar.

“Saya masih lagi ahli UMNO, masih lagi Naib Presiden UMNO, tidak timbul soal berpatah balik atau ‘u-turn’.

“Tidak timbul soal kesetiaan saya kepada parti, selagi hayat dikandung badan, saya akan terus berjuang untuk rakyat, bukan untuk mana-mana individu.

“Saya sayangkan parti, tapi saya juga sayangkan negara lebih dari segalanya,” katanya menerusi laman Facebook beliau.

Maka sebagai langkah selamat, beliau harus mengangkat kaki lebih awal sebelum dilabel sebagai pengkhianat parti.

About admin

Check Also

Mahathir Sumbat Anwar, Kit Siang Dalam ISA, Tetapi Tuduh Najib Diktator

Hipokrasi pembangkang ditunjukkan sekali lagi diatas dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai …

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *